Tuesday, September 20, 2011

8:19 AM - No comments

Latihan Tatabahasa

1.         Halimah dapat mendengar tikus-tikus___________di dalam setor belakang rumahnya.
            A     bercicit
            B     bercicip
            C     bernyanyi
            D     berdecit

 2.        Dia terkejut__________mendengar berita kematian rakan karibnya itu.
            A     bila
            B     apabila
            C     semasa
            D     sejak

 3.       Beberapa_________rokok telah dijumpai oleh pengawas itu di dalam tandas pelajar lelaki.
            A     puntung
            B     batang
            C     pucuk
            D     bilah

 4.   __________itu dibina sebagai mengingati jasa pahlawan-pahlawan yang berjuang untuk keamanan dan kedaulatan negara.
            A     Tugu
            B     Makam
            C     Pusara
            D     Kubu

 5.        Pada setiap hari Ahad, Mary akan pergi ke________untuk bersembahyang.
            A     kuil
            B     dewan
            C     gereja
            D     surau

 6.        Para pengguna yang tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli boleh membuat aduan__________Persatuan Pengguna.
            A     pada
            B     kepada
            C     di
            D     ke

 7.        Setelah melalui pengalaman pahit itu, dia berasa______untuk ke tempat itu lagi.
            A     takut
            B     gentar
            C     ngeri
            D     serik

Soalan 8 hingga Soalan 14
Ayat – ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B, atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

 8.  Pemburu itu berjaya menembak dengan tepat ke arah sasarannya. Tiada kesalahan
            A                          B                                                     C                       D

 9.  Akhirnya orang tua itu meninggal dunia setelah berpuluh tahun lamanya menderita        
                                                                              A                    B            C
      akibat penyakit ganjil itu. Tiada kesalahan.
                                                         D

10.  Peningkatan harga minyak dunia menyebabkan harga barangan turut meningkat 
             A                                                                                                 B    
        dengan mendadak. Tiada kesalahan.
                          C                    D

11.  Penyanyi itu sedang memperagakan fesyen terbaru ciptaan pereka muda itu.
             A                               B                           C                                   
Tiada kesalahan.
           D

12. Model itu menjelaskan bahawa dia mula menceburkan diri dalam bidang peragaan
                           A                                            B                                           C 
     sejak di bangku sekolah lagi. Tiada kesalahan.
                                                              D

13. Kerajaan telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk menggalakkan masyarakat
                                 A                  B                                        C
    membaca. Tiada kesalahan.
                                 D 

 14. Rancangan masakkan ibu itu biasanya ke udara pada setiap pagi Isnin.
                              A                        B             C                                                    
Tiada kesalahan.
            D

Soalan 15 hingga Soalan 17
Pilih ayat–ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

 15.      I         Gula itu disimpan di dalam bekas kedap udara.
            II        Bekas tapak kaki harimau itu dijumpai oleh seorang penoreh getah.
            III       Walaupun sudah bercerai tetapi Aminah masih diganggu oleh bekas suaminya.
            IV       Perbuatan orang kampung yang sering memfitnah dirinya sedikitpun tidak meninggalkan bekas di hatinya.

            A       I dan II sahaja
            B       III dan IV sahaja
            C       I, II, dan III sahaja
            D       I,II,III, dan IV sahaja

 16.      I         Kedua – dua pasangan pengantin baru itu kelihatan tawar sahaja.
            II        Para tetamu dijemput untuk menepung tawar kedua-dua mempelai yang sedang bersanding di pelamin.
            III       Gulai yang dimasak oleh ibu rasanya tawar.
            IV       “Ikan air tawar itu lebih enak jika dimasak gulai lemak,”kata ibu kepada kakak.

            A       I dan II sahaja
            B       III dan IV sahaja
            C       I, II dan III sahaja
            D       II, III dan IV sahaja

 17. 
I
Atikah suka mentelaah sehingga larut malam.

II
“Kacau gula itu sehingga larut.”pesan ibu kepada Sakinah.

III
Gula-gula itu menjadi larut apabila didedahkan terlalu lama di bawah cahaya matahari.

IV
Mak Cik Temah sering sakit-sakit sejak akhir-akhir ini kerana usianya sudah larut.


A
I sahaja

B
I dan II sahaja.

C
I,II, dan III

D
I,II,III, dan IV

Soalan 18 hingga Soalan 21
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

 18. 
Masa depan seseorang pelajar akan lebih terjamin sekiranya belajar dari semasa ke masa.


A
dari masa dan masa

B
dari semasa ke semasa

C
dari masa ke semasa

D
dari semasa ke masa

 19. 
Berita tertangkapnya penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis itu disiarkan di muka hadapan akhbar-akhbar utama.


A
Berita penangkapan penjenayah

B
Berita menangkap penjenayah

C
Berita tertangkap penjenayah

D
Berita tertangkapnya penjenayah

 20. 
Pada masa ini kerajaan sedang berhadapan dengan masalah para remaja kita yang melibatkan dalam lumba haram.


A
terlibat dalam lumba haram

B
terlibat di dalam lumba haram

C
melibatkan di dalam lumba haram

D
melibatkan dalam lumba haram

 21. 
Pendedahan yang berterusan kepada udara yang kotor kemungkinan manusia diserang penyakit kanser.


A
kemungkinan manusia diserangi

B
berkemungkinan manusia diserang

C
memungkinkan manusia diserang

D
kemungkinan manusia diserang

Soalan 22 hingga Soalan 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang bercetak tebal.

 22. 
Semua lapisan masyarakat perlu membudayakan amalan membaca sebagai satu strategi untuk melahirkan masyarakat yang berilmu.


A
Salah satu langkah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu ialah dengan menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya.

B
Masyarakat yang berilmu mampu melahirkan budaya membaca.

C
Sekiranya segenap lapisan masyarakat menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya, maka strategi melahirkan masyarakat berilmu pasti akan berjaya.

D
Amalan membaca mampu melahirkan masyarakat yang berilmu dan berbudaya.

 23. 
Kerajaan memberi tempoh selama dua bulan kepada pendatang tanpa izin untuk keluar dari Malaysia tanpa sebarang tindakan undang-undang.


A
Sebarang tindakan undang-undang tidak akan dikenakan kepada   pendatang tanpa  izin yang keluar dari Malaysia selama dua bulan.

B
Kerajaan tidak akan mengenakan sebarang tindakan undang-undang kepada pendatang tanpa izin yang keluar dari Malaysia dalam tempoh dua bulan.

C
Pendatang tanpa izin harus memanfaatkan tempoh dua bulan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk keluar dari negara ini.

D
Sekiranya tidak mahu dikenakan sebarang tindakan undang-undang, pendatang  tanpa izin yang berada di Malaysia harus segera keluar dari negara ini.

 24. 
Sesetengah pihak beranggapan bahawa tanpa membaca mereka tidak akan berasa rugi kerana mereka boleh memperoleh maklumat melalui rancangan televisyen.


A
Menurut sesetengah pihak rancangan televisyen juga dapat menyalurkan maklumat setanding dengan bacaan.

B
Menurut dakwaan sesetengah pihak tidak rugi sekiranya tidak membaca kerana maklumat juga boleh diperoleh melalui rancangan televisyen.

C
Rancangan televisyen boleh memberikan maklumat kepada sesetengah pelajar.

D
Tanpa membaca kita tidak akan memperoleh maklumat yang disiarkan melalui rancangan televisyen.

Soalan 25 hingga Soalan 27
Pilih ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

 25. 
I
Suspek itu sedang memberi penerangan kepada pihak polis.

II
Soalsiasat itu berlangsung selama beberapa jam.

III
Pertunjukkan bunga api itu sungguh meriah.

IV
Penyanyi baru itu berdebar – debar menanti kemunculan album pertamanya.


A
IV sahaja

B
I dan II sahaja

C
I dan III sahaja

D
II dan III sahaja

 26. 
I
Penjenayah itu telah dijatuhi hukuman yang berat oleh hakim.

II
Tragedi tsunami telah mengorbankan ramai nyawa.

III
Hotel bertaraf lima bintang itu menawarkan pakej yang amat menarik kepada para  pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia.

IV
Kepulangan abang disambut dengan tangisan gembira oleh kami sekeluarga.


A
I sahaja

B
II sahaja.

C
III sahaja.

D
I,II,III dan IV

 27. 
I
Saya berpendapat bahawa projek ini sangat baik untuk memperkembang bidang komunikasi di negara kita.

II
Anda dikehendaki menceritakan kembali kejadian itu.

III
Tolong beritahu pihak penganjur sekiranya anda menghadapi lain-lain masalah.

IV
Ruang tamu akan mereka bersihkan pada malam nanti.


A
I sahaja

B
I dan II

C
III dan IV

D
I,II,III dan IV

Soalan 28 hingga Soalan 30
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan – pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.

 28. 
Halim seorang penganggur. Lantaran itu, dia sering merayau – rayau di sekeliling kampungnya tanpa arah tujuan. Perbuatannya itu ibarat


A
turut kaki

B
umpan tangan

C
tidak jelas

D
titik peluh

 29. 
Walaupun suami Musalmah sudah tidak berdaya untuk membuat apa-apa pekerjaan setelah terlibat dalam satu kemalangan, tetapi Musalmah masih tetap setia bersama-sama suaminya. Perbuatan Musalmah ini ibarat


A
seperti aur dengan tebing

B
ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni

C
alah bisa tegal biasa

D
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

 30. 
Cerita Haikal tentang makhluk ganjil yang ditemuinya baru-baru ini menjadi bahan ketawa rakan-rakannya. Bagi mereka, cerita Haikal itu tidak ubah seperti


A
rasa pedih cuping telinga

B
ayam terlepas tangan bertahi

C
rantai besi dimakan bubuk

D
orang buta diberi bersuluh