Friday, September 9, 2011

8:00 PM - No comments

LATIHAN ULANGKAJI

PERHATIAN PADA PELAJAR KELAS 1 BESTARI DAN 1 DINAMIK:

SILA COPY SOALAN INI DAN PRINT DAN TAMPAL DALAM BUKU LATIHAN TATABAHASA ANDA.

JAWAB SOALAN TERSEBUT....


1.    Shairah tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari kerana ......................... ibunya yang terlantar sakit.
A.       menjaga
B.       membela
C.      merawat
D.      Memelihara

2.    Akibat .................. wang pada hujung bulan, Raju terpaksa meminjam wang daripada Lim.
A.    kesempitan
B.    kecukupan
C.   kecetekan
D.   ketiadaan

3.    Flora dan fauna kian .......................... akibat penerokaan hutan yang tidak terkawal.
A.    habis
B.    hapus
C.   pupus
D.   musnah

4.    Suasana .......................... di kota semakin reda menjelang tengah malam.
A.    huru-hara
B.    riuh-rendah
C.    kacau-bilau
D.    hiruk-pikuk

5.    "..........................., Puan Rahayu sekeluarga rupa-rupanya yang datang ke rumah kita!" kata ibu kepada ayah.
A.    Oh
B.    Nah
C.   Aduh
D.   Amboi

6.    Sebanyak 20 unit rumah kos rendah akan dibina di kawasan itu ........................ mangsa-mangsa bencana tsunami.
A.    kepada
B.    untuk
C.   demi
D.   pada

7.    Kuih yang dibuat oleh kakak itu manis seperti ....................... .
A.     hempedu
B.     garam
C.   cuka
D.   gula

8.    Semua ........................ Muslim diwajibkan memakai tudung apabila berada di dalam kawasan kampus.
A.     mahasiswa
B.     mahasiswi
C.   mahaguru
D.   maharaja

9.    Lelaki yang ..................... itu bukan sahaja telah menderma sebuah komputer untuk saya, tetapi juga untuk murid-murid miskin yang lain.
A.    seniman
B.    budiman
C.    peragawan
D.    Bangsawan

10.  Rumpun-rumpun padi Pak Cik Salim habis ................... dilanyak oleh kerbau peliharaan Pak Cik Rahman.
A.    tumbang
B.     runtuh
C.    rebah
D.   Jatuh

11.  Nabila membeli buah-buahan sebagai ...................... untuk dibawa semasa melawat rakannya dihospital.
A.    buah tangan
B.    buah hati
C.   buah mulut
D.   buah pena

12.  Tin susu tepung itu ......................... apabila terjatuh di atas lantai.
A.    patah
B.    putus
C.   kemek
D.   bengkok

13.  ....................................... tidak dibenarkan pulang selagi ibu bapa kamu tidak datang.
A.    Dia
B.     Kita
C.   Beta
D.    Kamu

14.  Anak-anak Mak Lijah yang baru balik dari sekolah memakan hidangan tengah hari di atas meja itu sehingga ......................... .
A.    gopoh-gapah
B.    riuh-rendah
C.   kacau-bilau
D.   licin-licau

15.  ............................ itu sedang menyusun gambar-gambar pengantin di dalam album.
A.    Jurubahasa
B.    Jururawat
C.   Jurulatih
D.   Jurugambar
16.  Tujuan kursus usahawan muda itu diadakan adalah ......................... melatih para belia yang berminat ..................... bidang perniagaan.
A.    untuk ... pada
B.    untuk ... dalam
C.   bagi ... tentang
D.   dengan ... bagi

17.  ....................... yang tidak keluar dari bangunan ketika latihan kebakaran diadakan akan didenda.
A.    Seseorang
B.    Bila-bila
C.   Sesiapa
D.   Apa-apa

18.  Ranjini membaling .................. nasi ke tanah untuk dimakan oleh anak-anak ayam itu.
A.    selonggok
B.    sekepal
C.   seketul
D.   setimbun

19.  Puan Rohaya bersengkang mata setiap malam untuk .......................... baju-baju tempahan sebelum hari raya.
A.    menyiapkan
B.    menghabiskan
C.   melengkapkan
D.   menghiaskan

20.  Pihak kerajaan sedang giat mengadakan kempen ........................ di seluruh negara.
A.    prakata
B.    prodadah
C.   antibiotik
D.   antidadah

21.  "Besarlah harapan .....................sekiranya tuan dapat hadir ke majlis itu nanti," kata Osman kepada Pegawai Daerah Kulim.
A.    kita
B.    kami
C.   kalian
D.   anda

22.  Para ...................diseru supaya menghasilkan tulisan yang bermutu tinggi.
A.    karyawan
B.    sejarawan
C.   bangsawan
D.   budayawan
23.  ..................sedia menurut segala titah," sembah Penghulu kepada Sultan.
A.    Patik
B.    Hamba
C.   Tuanku
D.   Baginda

24.  Aliran air tersekat-sekat apabila melalui kawasan .................... itu.
A.    alur
B.    lereng
C.   jurang
D.   lembah

25.  ................... itu telah bertungkus-lumus mencari maklumat untuk disiarkan dalam akhbar.
A.    Juruberita
B.    Jurucakap
C.   Juruacara
D.   Juruhebah

26.  ................ perlu membantu mereka yang menghadapi kesusahan," nasihat cikgu Amran kepada pelajar-pelajarnya.
A.    Kalian
B.    Kami
C.   Anda
D.   Kita

27.  Para ....................... perlulah menyumbangkan idea dan kepakaran kepada pelbagai pihak dalam usaha memajukan negara ini.
A.    jutawan
B.    hartawan
C.   sukarelawan
D.   cendekiawan

28.  Jasica merupakan .................. yang sering memperagakan pakaian pakaian ciptaan pereka fesyen terkenal, Ridhuan Shah.
A.    seniwati
B.    biduanita
C.   pramugari
D.   peragawati

29.  ....................... majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang itu melakukan beberapa kesilapan ketika menyebut nama-nama pemenang.
A.    Juruulas
B.    Juruacara
C.   Juruhebah
D.   Jurubahasa

30.  Walaupun gadis itu anak seorang .................. yang terkenal tetapi dia tidak gemar membaca karya-karya ayahnya kerana dia meminati bidang kejuruteraan.
A.    jutawan
B.    sasterawan
C.   negarawan
D.   wartawan

Thursday, September 8, 2011

8:08 AM - No comments

KATA BILANGAN

Maksud:
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda atau perkara.
2. Contoh kata bilangan:


Jenis Kata Bilangan
Contohnya
Kata bilangan tentu
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti oleh penjodoh bilangan
Satu, dua, tiga, dan seterusnya
Contoh ayat: Dua ekor kambing.
Kata bilangan tak tentu. (Menunjukkan bilangan yang tidak tentu)
Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, dan sebagainya.
Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan pecahan.
(Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan)
Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya.
Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tahun enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan.
(Menunjukkan bilangan yang berpisah)
Setiap, tiap-tiap.
Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.
Kata bilangan himpunan.
(Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan)
Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya.
Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tingkat.
(Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah)
Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.
Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan lukisan.


3.             Kesilapan kata bilangan:
                a.  Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang menggunakan
kata bilangan tentu


SALAH
BETUL
Tiga motosikal itu berjenama Honda.
Tiga buah motosikal itu berjenama Honda.
Dua ribu telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.
Dua ribu biji telur ayam telah direbus untuk majlis kenduri.
Seratus calon telah menghadiri seminar UPSR.
Seratus orang calon telah menghadiri seminar UPSR.


b.  Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang membawa maksud jamak (banyak).


SALAH
BETUL
Tiga puluh meja-meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.
Tiga puluh meja di dalam bilik darjah kami telah rosak.
Empat pekerja-pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.
Empat pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.
Lapan ratus pelancong-pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.
Lapan ratus pelancong asing diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.


c. Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu
kecuali kata bilangan tak serupa – beberapa.
SALAH
BETUL
Amran membeli beberapa buku cerita.
Amran membeli beberapa buah buku cerita.
(Tatabahasa Dewan m.s 197)
Para orang peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.
Para peniaga di pasar malam diseru agar mengutamakan kebersihan.
Sesetengah buah bas persiaran beroperasi secara haram.
Sesetengah bas persiaran beroperasi secara haram.


  diubahsuai daripada :Cenderabahasa Bil. 1 JPNPP