Sunday, January 18, 2015

ANTOLOGI AKUINGIN BERTERIMA KASIH

TEKS SASTERA DALAM ANTOLOGI  AKUINGIN BERTERIMA KASIH...



Puisi tradisional
-          Pantun dua kerat
-          Syair pohon buluh

Puisi moden
-          Kita umpama sehelai daun
-          Kuingin berterima kasih
-          Aku
-          Kunci bahasa

Prosa tradisional
-          Asal padi

Cerpen
-          Oren
-          Hadiah
-          Kuih bakul limau mandarin

Drama
-          Hadiah

NOVEL PELARI MUDA

 SEDIKIT TENTANG PELARI MUDA... 



       Kamarul, kerana kemenangannya sebagai pelari terpantas tiba-tiba terkenal di seluruh negara, menjadikan pelari remaja ini menganggap dirinya besar dan mula bersikap angkuh. Rupa-rupanya seorang pelari yang lain sedang berusaha dengan gigih bagi mengatasinya. Dalam pemilihan ke Sukan SEA di Bangkok, Sures Menon berjaya mengalahkan Kamarul. Akhirnya dia insaf dan mula menyediakan dirinya menghadapi pertandingan antarabangsa yang cukup bermakna baginya. Di Bangkok dia bertemu De Wega, pelari Filipina yang dikaguminya. Kemudian mereka bertiga, De Wega, Sures Menon dan Kamarul bertemu di garisan permulaan bagi pertandingan akhir lari 100 meter...di garisan ... sedia! ... dan pistol meletup! Siapakah pelari terpantas di rantau ini? Anda sahaja yang tahu jawapannya.

2:17 AM - No comments

TEKS NOVEL & ANTOLOGI KOMSAS BAHARU TINGKATAN 1 UNTUK KEGUNAAN 2015



Berikut disenaraikan judul novel baharu Tingkatan 1 untuk kegunaan 2015. dua novel baris di atas untuk kegunaan Tingkatan 1. Selamat membaca dan mengkajinya.


ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK

TAJUK NOVEL - PELARI MUDA (TINGKATAN 1)

ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

TAJUK NOVEL - DESTINASI IMPIAN (TINGKATAN 1)


ZON 3 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN. 


TAJUK NOVEL - SEJAMBAK BAKTI (TINGKATAN 1)

ZON 4 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN

TAJUK NOVEL - FORMULA TERMODINAMIK (TINGKATAN 1)



ANTOLOGI TINGKATAN 1: 
KUINGIN BERTERIMA KASIH












NOVEL TINGKATAN 1: 

DESTINASI IMPIAN
SEJAMBAK BAKTI
PELARI MUDA
FORMULA TERMODINAMIK






dapatan dari: http://munsyibm.blogspot.com/2014/11/teks-novel-antologi-komsas-baharu.html

Monday, July 16, 2012

7:59 PM - No comments

Pembelajaran Secara Maya

Assalamualaikum semua student 1A.....

Sila buatkan satu email menggunakan gmail dengan segera......

kalau sudah ada.....baguih.....
Minggu depan cikgu nak 
semua student pakai email gmail......untuk P n P Maya...

Welcome to Clould Computing... for 21st Century Learner........

Wednesday, January 11, 2012

Pantun Empat Kerat (Teka-teki)

  





 Rangkap
Maksud
1
Apakah binatang yang berkepaan lebih lebar daripada badan?
2
Apakah benda yang semakin diisi semakin ringan?
3
Apakah binatang yang berdarah hitam serta mempunyai 8 janggut dan satu tulang?
4
Apakah buah yang semasa kecil berwarna hijau dan setelah besar berwarna merah?
5
Jika tuan orang yang pandai, sebutkan nama binatang yang ada tanduk pada hidung.



   
Tema : Menguji kecerdasan minda, iaitu berfikir tentang alam sekeliling

Persoalan:
 a) Manusia memerlukan latihan berfikir.
b) Orang yang bijak dapat berfikir dengan pantas dan tepat
 c) Berfikir secara rasional dapat menyelesaikan masalah yang banyak.

Nilai :
a) Rasional – mampu membuat penaakulan untuk mencari jawapan yang tepat.
b) Kebersihan mental – pemikiran yang sihat dan membina.
c) Keberanian– berani mempertahankan jawapan yang diyakini benar.

Pengajaran :
a) Kita hendaklah berfikir secara matang supaya dapat menyelesaikan masalah
b) Kita hendaklah berdikir secara rasional dan logi supaya pendapat kita dapat diterima oleh masyarakat,  c) Alam sekeliling banyak mebantu manusia berfikir.






Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)




Rangkap
Maksud
1
Berbelanja secara berhemah seolah-olah mendapat rezeki yang melimpah-ruah.
2
Berjimat cermat merupakan amalan yang tepuji manakala membazir pula merupakan perbuatan yang keji.
3
Orang yang berjimat cermat pasti akan hidup senang.
4
Orang yang boros akan menanggung hutang yang banyak.
5
Berjimat cermat merupakan tuntutan agama. Oleh itu, orang yang berjimat cermat pasti akan hidup bahagia.
6
Memiliki harta yang sedikit tetapi berjimat cermat adalah lebih baik daripada memiliki harta banyak tetapi boros.
7
Orang yang membuat perancangan  sebelum melakukan sesuatu pekerjaan pastu tidak akan menanggung kerugian.


Tema : Faedah berjimat cermat
Persoalan:
a) Syaitan sentiasa menggoda manusia supaya membuat pembaziran.
b) Orang yang berjimat cermat akan hidup senang pada kemudian hari.
 c) Orang yang hidup sederhana tetapi berjimat cermat adalah lebih baik daripada orang yang kaya tetapi boros.

Nilai :
a) Rasional – mampu berfikir untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk
 seperti berbelanja secara berhemah.        
b) Kebersihan mental – fikiran yang sihat dan membina.     
c) Kesederhanaan– tidak keterlaluan ketika membeli belah.

Pengajaran :
a) Kita hendaklah berjimat cermat kerana perbuatan membazir itu dilarang oleh Tuhan.
 b) Kita tidak boleh bersikap boros untuk mengelakkan kita daripada menanggung hutang.
c) Setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah dirancang terlebih dahulu.



Pantun Empat Kerat (Agama)


 
Maksud Pantun

Rangkap 1
Sia-sia sahaja kita menuntut ilmu jika kita tidak menunaikan sembahyang.

Rangkap 2
Orang yang tidak menunaikan sembahyang pasti menyesal pada kemudian hari.

Rangkap 3
Sia-sia sahaja kita berilmu jika tidak mahu mempraktikkan ilmu kita itu.

Rangkap 4
Tuhan Yang Maha Esa sangat berkuasa, pemurah serta menyayangi hamba-Nya.

Rangkap 5
Kita tidak boleh berbuat kejahatan kerana balasan Tuhan adalah sangat dahsyat.

Rangkap 6
Manusia perlu bertaubat sekiranya melakukan kesalahan supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhirat nanti.

Tema : Tanggungjawab manusia kepada Tuhan

Persoalan:
a) Semua perbuatan dan tindakan mausia di dunia akan mendapat balasan pada hari akhirat.
b) Balasan bagi orang yang baik ialah syurga manakala balasan bagi orang yang jahat ialah neraka 
c) Pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang telah insaf.

Nilai :
a) Semangat bermasyarakat – saling menasihati secara ikhlas untuk kebaikan bersama contohnya memberikan nasihat kepada orang yang tidak menunaikan sembahyang.        
 b) Rasional – mampu berfikir dengan mengambil kira baik dan buruknya sesuatu perbuatan.          
 c) Berhemah Tinggi– mengakui kesalahan diri dan memohon ampun daripada Tuhan Yang Maha Esa.

Pengajaran :
a) Kita hendaklah menuntut ilmu supaya fahan tentang dosa dan pahala.
b) Kita hendaklah mempraktikkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari supaya hidup kita tidak sia-sia.
c) Semasa hidup, kita hendaklah sentiasa melaksanakan suruhan Tuhan.