Saturday, January 7, 2012

Pantun Dua Kerat (Nasihat)



PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh hendak lagi.

Ikan siakap ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Emas perak tembaga suasa,
Malas gerak tidak merasa.

Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.

Kumbang jarak kumbang jagung,
Berani buat berani tanggung.

Tunggu durian Teluk Emas,
Siapa kemudian kena kemas.

Buah cempedak dalam gantang,
Siapa hendak dia datang.

Periuk belaga pasu kuali,
Busuk nama menipu mencuri.

Saya kata itik, awak kata ayam,
Sudah kena jentik baru nak diam.


MAKSUD PANTUN

RANGKAP 1
Menghargai pemberian seseorang.
RANGKAP 2
Jika banyak bercakap, kita mungkin akan banyak melakukan kesilapan.
RANGKAP 3
Mengharapkan balasan daripada penerima melalui surat yang diutus.
RANGKAP 4
Orang yang malas berusaha tidak akan dapat apa-apa.
RANGKAP 5
Orang yang cerdik lebih mudah memahami sesuatu pelajaran.
RANGKAP 6
Orang yang melakukan sesuatu perlu bertanggungjawab atas perbuatannya itu.
RANGKAP 7
Sesiapa yang terakhir melakukan sesuatu, dia hendaklah menyimpan segala peralatan.
RANGKAP 8
Sekiranya seseorang itu memerlukan sesuatu,maka ia perlu datang untuk mengambilnya.
RANGKAP 9
Orang yang suka menipu dan mencuri akan mencemarkan namanya sendiri.

RANGKAP 10
eseorang yang hanya akan duduk diam setelah didenda atau ditegur.


TEMA

Nasihat kepada semua lapisan masyarakat ke arah kebaikan.

PERSOALAN

(a)Keburukan orang yang banyak cakap.
(b)Sikap malas berusaha tidak akan memberikan apa-apa faedah.
(c)Keburukan perbuatan menipu dan mencuri.
(d)Sikap berani menanggung sesuatu perkara yang dilakukan.
(e)Sikap amanah dan rajin dalam menjaga kekemasan atau kebersihan sesuatu tempat.

BENTUK PANTUN

a)Terdiri daripada sepuluh rangkap.
b)Berisi dua baris serangkap.
c)Ada pembayang dan maksudnya.
d)Bilangan katanya empat hingga enam patah kata sebaris.
e)Terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.
f)Rima akhir nya aa

GAYA BAHASA

a)Asonansi.
CONTOH : pengualangan vocal a -Pecah kaca pecah gelas.
b)Aliterasi.
CONTOH: pengulangan konsonan k -Banyak cakap banyak bohong
c)Repetisi.
CONTOH:banyak cakap banyak bohong).
d)Metafora.
CONTOH: Busuk nama, hati terang.
e)Sinkope.
CONTOH: nak
f)Imejalam.
CONTOH: daun keladi, ikan siakap,kumbang jarak, durian, cempedak, itik dan ayam.

NILAI

a)Jujur.
b)Rajin.
c)Baik.
d)Bertanggungjawab.
e)Patuh.
f)Menghargai.
g)Berani.


PENGAJARAN

a)Janganlah sekali-kali kita bercakap bohong.
b)Orang yang malas tidak akan dapat apa-apa.
c)Jangan menipu dan mencuri, kelak akan dipandang hina.
d)Kita haruslah berani bertanggungjawab atas perbuatan yang kita lakukan .
e)Sebaik-baiknya kita mengemas sesuatu tempat yang telah kita gunakan.
f)Kita hendaklah pandai menjaga diri agar tidak perlu ditegur kerana berkelakuan kurang baik.


5 comments:

ckgu.pantun nshat je ka?..pantun agma xde ka?

ada cuba cari di bahagian label....

ini sangat hebat............

antologi tingkat 1 2015 xde ke??

Post a Comment