Monday, July 16, 2012

7:59 PM - No comments

Pembelajaran Secara Maya

Assalamualaikum semua student 1A.....

Sila buatkan satu email menggunakan gmail dengan segera......

kalau sudah ada.....baguih.....
Minggu depan cikgu nak 
semua student pakai email gmail......untuk P n P Maya...

Welcome to Clould Computing... for 21st Century Learner........

Wednesday, January 11, 2012

Pantun Empat Kerat (Teka-teki)

  





 Rangkap
Maksud
1
Apakah binatang yang berkepaan lebih lebar daripada badan?
2
Apakah benda yang semakin diisi semakin ringan?
3
Apakah binatang yang berdarah hitam serta mempunyai 8 janggut dan satu tulang?
4
Apakah buah yang semasa kecil berwarna hijau dan setelah besar berwarna merah?
5
Jika tuan orang yang pandai, sebutkan nama binatang yang ada tanduk pada hidung.



   
Tema : Menguji kecerdasan minda, iaitu berfikir tentang alam sekeliling

Persoalan:
 a) Manusia memerlukan latihan berfikir.
b) Orang yang bijak dapat berfikir dengan pantas dan tepat
 c) Berfikir secara rasional dapat menyelesaikan masalah yang banyak.

Nilai :
a) Rasional – mampu membuat penaakulan untuk mencari jawapan yang tepat.
b) Kebersihan mental – pemikiran yang sihat dan membina.
c) Keberanian– berani mempertahankan jawapan yang diyakini benar.

Pengajaran :
a) Kita hendaklah berfikir secara matang supaya dapat menyelesaikan masalah
b) Kita hendaklah berdikir secara rasional dan logi supaya pendapat kita dapat diterima oleh masyarakat,  c) Alam sekeliling banyak mebantu manusia berfikir.






Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)




Rangkap
Maksud
1
Berbelanja secara berhemah seolah-olah mendapat rezeki yang melimpah-ruah.
2
Berjimat cermat merupakan amalan yang tepuji manakala membazir pula merupakan perbuatan yang keji.
3
Orang yang berjimat cermat pasti akan hidup senang.
4
Orang yang boros akan menanggung hutang yang banyak.
5
Berjimat cermat merupakan tuntutan agama. Oleh itu, orang yang berjimat cermat pasti akan hidup bahagia.
6
Memiliki harta yang sedikit tetapi berjimat cermat adalah lebih baik daripada memiliki harta banyak tetapi boros.
7
Orang yang membuat perancangan  sebelum melakukan sesuatu pekerjaan pastu tidak akan menanggung kerugian.


Tema : Faedah berjimat cermat
Persoalan:
a) Syaitan sentiasa menggoda manusia supaya membuat pembaziran.
b) Orang yang berjimat cermat akan hidup senang pada kemudian hari.
 c) Orang yang hidup sederhana tetapi berjimat cermat adalah lebih baik daripada orang yang kaya tetapi boros.

Nilai :
a) Rasional – mampu berfikir untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk
 seperti berbelanja secara berhemah.        
b) Kebersihan mental – fikiran yang sihat dan membina.     
c) Kesederhanaan– tidak keterlaluan ketika membeli belah.

Pengajaran :
a) Kita hendaklah berjimat cermat kerana perbuatan membazir itu dilarang oleh Tuhan.
 b) Kita tidak boleh bersikap boros untuk mengelakkan kita daripada menanggung hutang.
c) Setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah dirancang terlebih dahulu.



Pantun Empat Kerat (Agama)


 
Maksud Pantun

Rangkap 1
Sia-sia sahaja kita menuntut ilmu jika kita tidak menunaikan sembahyang.

Rangkap 2
Orang yang tidak menunaikan sembahyang pasti menyesal pada kemudian hari.

Rangkap 3
Sia-sia sahaja kita berilmu jika tidak mahu mempraktikkan ilmu kita itu.

Rangkap 4
Tuhan Yang Maha Esa sangat berkuasa, pemurah serta menyayangi hamba-Nya.

Rangkap 5
Kita tidak boleh berbuat kejahatan kerana balasan Tuhan adalah sangat dahsyat.

Rangkap 6
Manusia perlu bertaubat sekiranya melakukan kesalahan supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhirat nanti.

Tema : Tanggungjawab manusia kepada Tuhan

Persoalan:
a) Semua perbuatan dan tindakan mausia di dunia akan mendapat balasan pada hari akhirat.
b) Balasan bagi orang yang baik ialah syurga manakala balasan bagi orang yang jahat ialah neraka 
c) Pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang telah insaf.

Nilai :
a) Semangat bermasyarakat – saling menasihati secara ikhlas untuk kebaikan bersama contohnya memberikan nasihat kepada orang yang tidak menunaikan sembahyang.        
 b) Rasional – mampu berfikir dengan mengambil kira baik dan buruknya sesuatu perbuatan.          
 c) Berhemah Tinggi– mengakui kesalahan diri dan memohon ampun daripada Tuhan Yang Maha Esa.

Pengajaran :
a) Kita hendaklah menuntut ilmu supaya fahan tentang dosa dan pahala.
b) Kita hendaklah mempraktikkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari supaya hidup kita tidak sia-sia.
c) Semasa hidup, kita hendaklah sentiasa melaksanakan suruhan Tuhan.

Saturday, January 7, 2012

Pantun Dua Kerat (Nasihat)



PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh hendak lagi.

Ikan siakap ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Emas perak tembaga suasa,
Malas gerak tidak merasa.

Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.

Kumbang jarak kumbang jagung,
Berani buat berani tanggung.

Tunggu durian Teluk Emas,
Siapa kemudian kena kemas.

Buah cempedak dalam gantang,
Siapa hendak dia datang.

Periuk belaga pasu kuali,
Busuk nama menipu mencuri.

Saya kata itik, awak kata ayam,
Sudah kena jentik baru nak diam.


MAKSUD PANTUN

RANGKAP 1
Menghargai pemberian seseorang.
RANGKAP 2
Jika banyak bercakap, kita mungkin akan banyak melakukan kesilapan.
RANGKAP 3
Mengharapkan balasan daripada penerima melalui surat yang diutus.
RANGKAP 4
Orang yang malas berusaha tidak akan dapat apa-apa.
RANGKAP 5
Orang yang cerdik lebih mudah memahami sesuatu pelajaran.
RANGKAP 6
Orang yang melakukan sesuatu perlu bertanggungjawab atas perbuatannya itu.
RANGKAP 7
Sesiapa yang terakhir melakukan sesuatu, dia hendaklah menyimpan segala peralatan.
RANGKAP 8
Sekiranya seseorang itu memerlukan sesuatu,maka ia perlu datang untuk mengambilnya.
RANGKAP 9
Orang yang suka menipu dan mencuri akan mencemarkan namanya sendiri.

RANGKAP 10
eseorang yang hanya akan duduk diam setelah didenda atau ditegur.


TEMA

Nasihat kepada semua lapisan masyarakat ke arah kebaikan.

PERSOALAN

(a)Keburukan orang yang banyak cakap.
(b)Sikap malas berusaha tidak akan memberikan apa-apa faedah.
(c)Keburukan perbuatan menipu dan mencuri.
(d)Sikap berani menanggung sesuatu perkara yang dilakukan.
(e)Sikap amanah dan rajin dalam menjaga kekemasan atau kebersihan sesuatu tempat.

BENTUK PANTUN

a)Terdiri daripada sepuluh rangkap.
b)Berisi dua baris serangkap.
c)Ada pembayang dan maksudnya.
d)Bilangan katanya empat hingga enam patah kata sebaris.
e)Terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.
f)Rima akhir nya aa

GAYA BAHASA

a)Asonansi.
CONTOH : pengualangan vocal a -Pecah kaca pecah gelas.
b)Aliterasi.
CONTOH: pengulangan konsonan k -Banyak cakap banyak bohong
c)Repetisi.
CONTOH:banyak cakap banyak bohong).
d)Metafora.
CONTOH: Busuk nama, hati terang.
e)Sinkope.
CONTOH: nak
f)Imejalam.
CONTOH: daun keladi, ikan siakap,kumbang jarak, durian, cempedak, itik dan ayam.

NILAI

a)Jujur.
b)Rajin.
c)Baik.
d)Bertanggungjawab.
e)Patuh.
f)Menghargai.
g)Berani.


PENGAJARAN

a)Janganlah sekali-kali kita bercakap bohong.
b)Orang yang malas tidak akan dapat apa-apa.
c)Jangan menipu dan mencuri, kelak akan dipandang hina.
d)Kita haruslah berani bertanggungjawab atas perbuatan yang kita lakukan .
e)Sebaik-baiknya kita mengemas sesuatu tempat yang telah kita gunakan.
f)Kita hendaklah pandai menjaga diri agar tidak perlu ditegur kerana berkelakuan kurang baik.