5:33 AM -
ANTOLOGI KKJ
No comments
Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)
Rangkap
|
Maksud
|
1
|
Berbelanja secara berhemah
seolah-olah mendapat rezeki yang melimpah-ruah.
|
2
|
Berjimat cermat merupakan amalan
yang tepuji manakala membazir pula merupakan perbuatan yang keji.
|
3
|
Orang yang berjimat cermat pasti akan hidup senang.
|
4
|
Orang yang boros akan menanggung hutang yang banyak.
|
5
|
Berjimat cermat merupakan tuntutan
agama. Oleh itu,
orang yang berjimat cermat pasti akan hidup bahagia.
|
6
|
Memiliki harta yang sedikit tetapi
berjimat cermat adalah lebih baik daripada memiliki harta banyak tetapi
boros.
|
7
|
Orang yang membuat
perancangan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan pastu tidak akan
menanggung kerugian.
|
Tema
: Faedah berjimat cermat
Persoalan:
a) Syaitan sentiasa menggoda manusia
supaya membuat pembaziran.
b) Orang yang berjimat cermat akan
hidup senang pada kemudian hari.
c) Orang yang hidup sederhana
tetapi berjimat cermat adalah lebih baik daripada orang yang kaya tetapi boros.
Nilai
:
a) Rasional – mampu berfikir
untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk
seperti berbelanja secara
berhemah.
b) Kebersihan mental –
fikiran yang sihat dan membina.
c) Kesederhanaan– tidak keterlaluan ketika membeli belah.
Pengajaran :
a) Kita hendaklah berjimat cermat kerana perbuatan membazir itu dilarang
oleh Tuhan.
b) Kita tidak boleh bersikap boros
untuk mengelakkan kita daripada menanggung hutang.
c) Setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah
dirancang terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment