2:24 AM -
Penulisan
No comments
Jiran sepakat membawa berkat
Pada zaman globalisasi ini, orang yang tinggal paling dekat dengan kita adalah jiran dan sebab itulah jiran menjadi orang yang paling dekat dengan kita. Oleh sebab itu, jiran merupakan orang yang pertama kita meminta tolong sekiranya kita ditimpa musibah seperti kebakaran, kematian, dan malapetaka yang lain. Pada waktu inilah, pertolongan orang lain, khususnya jiran amat diharapkan.
Jiran pula boleh dikategorikan sebagai jiran yang baik atau jiran yang kurang baik. Seseorang itu akan menjadi untung jikalau mendapat seorang jiran yang baik dan itulah menjadi kemahuan orang ramai. Semua anggota masyarakat dikehendaki mengamalkan cara hidup seperti “aur dengan tebing” untuk keberkatan dalam kehidupan. Dengan cara inilah, masyarakat dapat mengamalkan semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap masalah yang terlibat oleh jiran. Masyarakat juga akan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh jiran serta berusaha untuk mengatasi masalah tersebut bagi meringankan beban jiran yang ditanggungkan oleh mereka.
Selain itu, pertolongan daripada jiran amat diperlukan apabila kita hendak mengadakan majlis kenduri perkahwinan ataupun majlis rumah terbuka. Walaupun pengurusan ini dapat diuruskan oleh upah atau kontrak, kehadiran jiran dapat memeriahkan suasana majlis tersebut. Apabila seseorang itu tidak bergaul dengan orang yang lain, apabila dia hendak mengadakan sesuatu majlis, siapakah yang dia akan jemput? Dia akan berasa sukar untuk membuat keputusan untuk menjemput masyarakat setempatnya.
Seterusnya, di mana kita tinggal, kita perlu mempunyai jiran yang baik kerana jiran akan menjadi tempat yang kita memohan bantuan sekiranya kita ditimpa susah dan tempat yang bergembira ketika kita senang. Jadi, jikalau kita ingin memdapatkan jiran yang baik, kita haruslah menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik.
Kesimpulannya, kehadiran jiran amat bermakna dalam kehidupan kita. Oleh itu, jadikanlah kita sebagai jiran yang baik supaya tidak mengamalkan sikap “seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. keharmonian dan keamanan bermula di rumah dapat diikuti dengan kehidupan berjiran yang baik
0 comments:
Post a Comment