Sunday, September 4, 2011

10:39 PM - 1 comment

Kasut Kelopak Jantung

SINOPSIS

Pemberian hadiah sempena hari guru oleh muridnya mengingatkan Cikgu Harun kepada peristiwa yang berlaku hampir 3 dekad yang lalu ketika beliau bertugas di pedalaman.
Ahmad merupakan seorang pelajar miskin yang tinggal bersama-sama ibunya. Kemiskinannya menyebabkan dia tidak mampu membeli kasut dan terpaksa berkaki ayam ke sekolah.
Cikgu Harun selalu menegur Ahmad setiap kali bermula sesi pembelajaran.
Amarah Cikgu Harun tidak tertahan lagi apabila Ahmad tidak menukar pakaian sukan waktu bersenam. Beliau telah mendenda Ahmad dengan memaksa Ahmad memakai kelopak jantung pisang sebagai kasut.
Ahmad tidak dibenarkan membukanya sehingga dia membeli kasut yang baru.
Ahmad berasa amat malu. Dia tidak hadir ke sekolah selama seminggu. Perkara ini membimbangkan Cikgu Harun.
Cikgu Harun telah pergi ke rumah Ahmad dan beliau terkejut apabila melihat Ahmad belum membuka kasut daripada kelopak jantung pisang itu kerana tidak mampu membeli kasut baru.
Cikgu Harun berasa sangat sedih dan beliau telah membelikan Ahmad kasut dan pakaian baharu untuk ke sekolah.
Akhirnya Ahmad berjaya menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar.

TEMA

Ketabahan seorang pelajar miskin dalam menghadapi dugaan hidup.

PERSOALAN:-

Patuh akan arahan guru.
Sanggup berkorban untuk kejayaan orang lain.
Bertimbang rasa dalam setiap tindakan.
Bertanggungjawab terhadap perlakuan yang dilakukan.
Sentiasa mengenang budi.

Disalin daripada Cikgu Azemi's Blog

1 comments:

Saya nak mohon post blogspot saya.
kitakawanalamsekitar@blogspot.com
Untuk mendapat maklumat tentang alam sekitar

Post a Comment