Monday, September 5, 2011

AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS.
SUBJEK DALAM AYAT TUNGGAL.
(a) Frasa nama sebagai subjek.
i. Tan Kong Joo pelajar sekolah.
ii. Buah itu masam.
iii. Ibunya sakit.
iv. Motosikalnya telah rosak.
v. Balai raya ini untuk orang ramai.

(b) Kata ganti nama diri sebagai subjek.
i. Dia anak bongsu.
ii. Beliau guru saya.
iii. Dia adik Ragunathan.
iv. *Itu Bank Rakyat.
v. *Ini stesen bas.
(*rujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 102)
Namun demikian, dalam penulisan karangan, murid tidak digalakkan memulakan ayat dengan kata ganti nama tunjuk.

(c) Kata kerja sebagai subjek.
i. Membaca buku ialah hobinya.
ii. Bersenam dapat menyihatkan badan.
iii. Menyanyi ialah kerjayanya.
iv. Mencuri perbuatan yang salah.
v. Minum air boleh menghilangkan dahaga.

(d) Kata adjektif sebagai subjek.
i. Cergas bermakna badan sihat.
ii. Hijau warna kesukaannya.
iii. Harum bau bunga melur itu.
iv. Tamak ialah amalan yang keji.

PREDIKAT DALAM AYAT TUNGGAL.
(a) Frasa nama sebagai predikat
i. Encik Zulkifli pegawai polis.
ii. Kakaknya doktor mata.
iii. Bangunan itu kediamannya.
iv. Bilik itu stor barang.

(b) Frasa kerja sebagai predikat
i. Dia makan mi goreng.
ii. Anjing itu menyalak musuh.
iii. Mereka tidur.
iv. Adiknya menangis.

(c) Frasa adjektif sebagai predikat
i. Keropok ini sangat rangup.
ii. Rumah itu sangat besar.
iii. Abangnya sangat bijak.
iv. Budak itu baik sungguh.

(d) Frasa sendi nama sebagai predikat.
i. Buku ini untuk adik.
ii. Ayah ke Kuala Lumpur.
iii. Beliau dari Universiti Sains Malaysia.
iv. Wajahnya seperti bintang terkenal itu.

0 comments:

Post a Comment