8:00 PM -
LATIHAN
No comments
LATIHAN ULANGKAJI
SILA COPY SOALAN INI DAN PRINT DAN TAMPAL DALAM BUKU LATIHAN TATABAHASA ANDA.
JAWAB SOALAN TERSEBUT....
1. Shairah
tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari kerana .........................
ibunya yang terlantar sakit.
A.
menjaga
B. membela
C. merawat
D.
Memelihara
2. Akibat
.................. wang pada hujung bulan, Raju terpaksa meminjam wang daripada
Lim.
A. kesempitan
B. kecukupan
C. kecetekan
D. ketiadaan
3. Flora
dan fauna kian .......................... akibat penerokaan hutan yang tidak
terkawal.
A. habis
B. hapus
C. pupus
D. musnah
4. Suasana
.......................... di kota semakin reda menjelang tengah malam.
A. huru-hara
B. riuh-rendah
C. kacau-bilau
D. hiruk-pikuk
5. "...........................,
Puan Rahayu sekeluarga rupa-rupanya yang datang ke rumah kita!" kata ibu
kepada ayah.
A. Oh
B. Nah
C. Aduh
D. Amboi
6. Sebanyak
20 unit rumah kos rendah akan dibina di kawasan itu ........................
mangsa-mangsa bencana tsunami.
A. kepada
B. untuk
C. demi
D. pada
7. Kuih
yang dibuat oleh kakak itu manis seperti ....................... .
A. hempedu
B. garam
C. cuka
D. gula
8. Semua
........................ Muslim diwajibkan memakai tudung apabila berada di
dalam kawasan kampus.
A. mahasiswa
B. mahasiswi
C. mahaguru
D. maharaja
9. Lelaki
yang ..................... itu bukan sahaja telah menderma sebuah komputer
untuk saya, tetapi juga untuk murid-murid miskin yang lain.
A. seniman
B. budiman
C. peragawan
D. Bangsawan
10. Rumpun-rumpun
padi Pak Cik Salim habis ................... dilanyak oleh kerbau peliharaan
Pak Cik Rahman.
A. tumbang
B. runtuh
C. rebah
D. Jatuh
11. Nabila
membeli buah-buahan sebagai ...................... untuk dibawa semasa melawat
rakannya dihospital.
A. buah
tangan
B. buah
hati
C. buah
mulut
D. buah
pena
12. Tin
susu tepung itu ......................... apabila terjatuh di atas lantai.
A. patah
B. putus
C. kemek
D. bengkok
13. .......................................
tidak dibenarkan pulang selagi ibu bapa kamu tidak datang.
A. Dia
B. Kita
C. Beta
D. Kamu
14. Anak-anak
Mak Lijah yang baru balik dari sekolah memakan hidangan tengah hari di atas
meja itu sehingga ......................... .
A. gopoh-gapah
B. riuh-rendah
C. kacau-bilau
D. licin-licau
15. ............................
itu sedang menyusun gambar-gambar pengantin di dalam album.
A. Jurubahasa
B. Jururawat
C. Jurulatih
D. Jurugambar
16. Tujuan
kursus usahawan muda itu diadakan adalah ......................... melatih para
belia yang berminat ..................... bidang perniagaan.
A. untuk
... pada
B. untuk
... dalam
C. bagi
... tentang
D. dengan
... bagi
17. .......................
yang tidak keluar dari bangunan ketika latihan kebakaran diadakan akan didenda.
A. Seseorang
B. Bila-bila
C. Sesiapa
D. Apa-apa
18. Ranjini
membaling .................. nasi ke tanah untuk dimakan oleh anak-anak ayam
itu.
A. selonggok
B. sekepal
C. seketul
D. setimbun
19. Puan
Rohaya bersengkang mata setiap malam untuk .......................... baju-baju
tempahan sebelum hari raya.
A. menyiapkan
B. menghabiskan
C. melengkapkan
D. menghiaskan
20. Pihak
kerajaan sedang giat mengadakan kempen ........................ di seluruh
negara.
A. prakata
B. prodadah
C. antibiotik
D. antidadah
21. "Besarlah
harapan .....................sekiranya tuan dapat hadir ke majlis itu
nanti," kata Osman kepada Pegawai Daerah Kulim.
A. kita
B. kami
C. kalian
D. anda
22. Para
...................diseru supaya menghasilkan tulisan yang bermutu tinggi.
A. karyawan
B. sejarawan
C. bangsawan
D. budayawan
23. ..................sedia
menurut segala titah," sembah Penghulu kepada Sultan.
A. Patik
B. Hamba
C. Tuanku
D. Baginda
24. Aliran
air tersekat-sekat apabila melalui kawasan .................... itu.
A. alur
B. lereng
C. jurang
D. lembah
25. ...................
itu telah bertungkus-lumus mencari maklumat untuk disiarkan dalam akhbar.
A. Juruberita
B. Jurucakap
C. Juruacara
D. Juruhebah
26. ................
perlu membantu mereka yang menghadapi kesusahan," nasihat cikgu Amran
kepada pelajar-pelajarnya.
A. Kalian
B. Kami
C. Anda
D. Kita
27. Para
....................... perlulah menyumbangkan idea dan kepakaran kepada
pelbagai pihak dalam usaha memajukan negara ini.
A. jutawan
B. hartawan
C. sukarelawan
D. cendekiawan
28. Jasica
merupakan .................. yang sering memperagakan pakaian pakaian ciptaan
pereka fesyen terkenal, Ridhuan Shah.
A. seniwati
B. biduanita
C. pramugari
D. peragawati
29. .......................
majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang itu melakukan beberapa kesilapan
ketika menyebut nama-nama pemenang.
A. Juruulas
B. Juruacara
C. Juruhebah
D. Jurubahasa
30. Walaupun
gadis itu anak seorang .................. yang terkenal tetapi dia tidak gemar
membaca karya-karya ayahnya kerana dia meminati bidang kejuruteraan.
A. jutawan
B. sasterawan
C. negarawan
D. wartawan
0 comments:
Post a Comment