1:10 AM -
TATABAHASA
1 comment
KATA BILANGAN
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda atau perkara.
1.Kata bilangan tentu
i) Menunjukkan bilangan yang tertentu.
ii). Boleh diikuti oleh penjodoh bilangan
Satu, dua, tiga, dan seterusnya
Contoh ayat: Dua ekor kambing.
2.Kata bilangan tak tentu. (Menunjukkan bilangan yang tidak tentu)
Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, dan sebagainya.
Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan.
3. Kata bilangan pecahan.
(Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan)
Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya.
Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tahun enam yang hadir ke majlis itu
4. Kata bilangan pisahan.
(Menunjukkan bilangan yang berpisah)
Setiap, tiap-tiap.
Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.
5. Kata bilangan himpunan.
(Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan)
Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya.
Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.
6. Kata bilangan tingkat.
(Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah)
Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.
Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan lukisan.
1 comments:
Assalam,
Mohon kepastian:
Betulkah bagi kata bilangan tertentu, dalam membina ayat;
1-9 kita kena ejaan nombor berkenaan manakala;
10 dan ke atas kita tidak perlu mengejanya.
Memadai dengan kita letakkan angka sahaja tanpa mengejanya.
Terima kasih.
Post a Comment