Monday, September 5, 2011

2:35 AM - No comments

GOTONG-ROYONG


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti bergotong-royong di sekolah anda. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.


Contoh Jawapan:
Aktiviti bergotong-royong di sekolah saya sering diadakan terutama pada hujung minggu atau cuti persekolahan. Semua warga sekolah terlibat dalam aktiviti tersebut. Lazimnya kami mengambil masa selama dua hingga tiga jam setiap kali aktiviti dijalankan.

Sebelum itu, Guru Penyelaras Program akan memberi taklimat tentng pembahagian kerja. Ada yang membersihkan bilik-bilik darjah, kawasan padang, mengecat bangunan, membersihkan tingkap, mengutip sampah, dan sebagainya. Sebenarnya bekerjasama dalam membersihkan kawasan sekolah banyak memberi faedah. Bukan sahaja kawasan sekolah menjadi bersih, ceria, dan kemas malah amalan murni ini dapat menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan serangga lain yang menyebabkan penyakit. Di samping itu, secara tidak langsung hubungan antara warga sekolah dengan ibu bapa juga dapat dieratkan. Selain murid-murid, pihak yang turut bekerjasama menjalankan aktiviti gotong-royong pada hari itu ialah guru-guru, pekerja sekolah, dan ibu bapa murid yang berkesempatan. Mereka membuat kerja-kerja yang lebih berat seperti mengangkat kerusi meja yang rosak ke dalam lori untuk dihapus kira, membersihkan longkang, dan mencantas dahan pokok.

Kesimpulannya, aktiviti bergotong-royong yang telah dilaksanakan di sekolah patut diteruskan dari semasa ke semasa. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama supaya persekitaran sekolah sentiasa bersih dan ceria.

0 comments:

Post a Comment