Monday, September 5, 2011

2:04 AM - No comments

Imbuhan ApitanmeN-, meN-...-kan dan meN-...-i

Imbuhan apitan meN-, meN-...-kan dan meN-...-i akan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan objek atau penyambut sebagai unsur predikatnya.
1. Kata Kerja apitan ‘meN-...-kan’ dan ‘meN-‘
meN-...-kan = 2 objek (objek tepat dan objek sipi)
meN- = 1 objek dan frasa keterangan
contoh: Pah Tijah membuatkan [Pak Mansor] [secawan kopi
objek tepat objek sipi

Pah Tijah membuat [secawan kopi] untuk Pak Mansor.
Objek tepat frasa keterangan

Contoh ayat:
Pemandu teksi itu menurunkan penumpang di hadapan bangunan itu. (menyuruh penumpang turun)
Bas yang sarat dengan penumpang itu menuruni jalan yang curam itu dengan lajunya. (turun melalui jalan yang curam).
• Ibu memasukkan garam secukup rasa ke dalam gulai ayam itu. (membawa masuk garam, mengisi garam)
Siti akan memasuki acara lumba lari 100 meter. (mengambil bahagian dalam acara lumba lari)
• Bapa menyertakan wang tunai bersama-sama dengan surat itu. (mengirimkan wang tunai bersama-sama, mengembarkan wang tunai bersama-sama)
Murid-murid itu akan menyertai acara larian maraton di Kuala Lumpur. (mengikut serta, mengikuti acara larian).
• Pak Abu hendak mengahwinkan anak perempuannya dengan anak orang kaya itu. (menjadikan anaknya berkahwin)
Pak Abu mengahwini janda muda itu setelah isterinya meninggal dunia. (berkahwin dengan janda muda)
• Para doktor bertungkus lumus menjalankan pembedahan itu. (melaksanakan pembedahan)
Pak Hassan telah selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara. (mengalami atau melalui pembedahan jantung).
• Ahli Pengakap itu menaikkan bendera Malaysia semasa perhimpunan sekolah. (menjadikan bendera naik)
Beberapa orang murid berebut-rebut untuk menaiki bas yang penuh dengan penumpang itu. (naik bas)

0 comments:

Post a Comment