Sunday, September 4, 2011

6:55 PM - 1 comment

Modul Penulisan Rangsangan


Modul 1
KARANGAN PENULISAN RANGSANGAN
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti sukan yang sering dilakukan
rakyat di negara ini. Huraikan pendapat anda tentang faedah seseorang terlibat dalam
aktiviti sukan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


PENGENALAN
I ISU
B BUKTI
I IDEA UTAMA
ISI
A APA
S SEBAB/MENGAPA
C CONTOH/BUKTI
A AKIBAT/KESAN POSITIF@NEGATIF
U UNGKAPAN
T TEGASAN
PENUTUP
I IDEA UTAMA
H HARAPAN
U UNGKAPAN







PENGENALAN
I ISU
( isu semasa yang boleh diambil dari media massa dan sebagainya)
Aktiviti bersukan sudah sinonim dengan sekolah-sekolah di seluruh negara.
Gaya hidup sihat.
B BUKTI
( bukti yang kukuh, benar dan sahih, kenyataan dari media massa dan data dalam statistik)
Menurut kajian sosial tidak ramai pelajar yang aktif bersukan tetapi mereka lebih terdorong dalam permainan digital padahal mereka perlu sedar bahawa aktiviti bersukan banyak faedahnya.
I IDEA UTAMA
( fokus soalan/kehendak soalan)
Oleh itu, terdapat beberapa faedah bersukan yang boleh diambil dan menjadi iktibar kita semua.


ISI ( selalunya PMR hanya 4/5 ayat sahaja)
FAEDAH –
1. Untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit
2. Untuk merapatkan silaturahim
3. Untuk memperkenalkan Malaysia kepada negara-negara luar
4. Untuk mengurangkan tekanan
5. Untuk mengisi / memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

A APA
(Idea utama yang menjadi fokus soalan, dalam soalan adalah faedah bersukan –
Untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit )

S SEBAB/MENGAPA / BAGAIMANA/ DI MANA/ BILA
( pilih satu kenyataan yang menyokong idea pokok di atas)
– kerana aktiviti bersukan dapat mengeluarkan peluh dan melancarkan peredaran darah

C CONTOH/BUKTI
( contoh aktiviti bersukan)
bermain bola sepak, badminton, dan lumba basikal
( bukti aktiviti bersukan)
atlet sukan yang mempunyai kesihatan yang baik.
A AKIBAT/KESAN POSITIF@NEGATIF
( bagi bahan rangsangan yang berfokus kepada faedah,kebaikan, atau manfaat, seeloknye berikan kesan yang positif dan bukannya akibat/negatif)

U UNGKAPAN
( berikan peribahasa, cogan kata atau kata-kata hikmat yang sesuai)
BADAN CERGAS OTAK CERDAS
( ingat! Jangan beri ungkapan bagi setiap isi…hanya perlu SATU sahaja ungkapan pada mana-mana idea utama)

T TEGASAN
( pelajar perlu tegaskan semula agar kenyataan kita menjadi lebih bermakna) contoh;
1. Tegasnya , pelajar perlu tahu bahawa aktiviti sukan memberi faedah kepada mereka.
2. Sememangnya aktiviti bersukan dapat menghindarkan penyakit yang kronik apatah lagi dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang.

PENUTUP
Gunakan penanda wacana yang sesuai, kesimpulannya, tuntasnya, akhir sekali dan lain-lain
I IDEA UTAMA
( ambil idea utama /fokus soalan )
Kesimpulannya, aktiviti bersukan banyak mendatangkan manfaat kepada kita semua.
H HARAPAN
( apa harapan anda di masa depan, pendapat sendiri dan anggapan dan ramalan anda )
Apa yang diharapkan agar /semoga pelajar menyedari akan kepentingan bersukan dan faedahnya kepada kita semua.
U UNGKAPAN
( jika tiada ungkapan di dalan isi-isi penting boleh juga dimasukkan dalam penutup)






Modul 2
KARANGAN PENULISAN
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.



PENGENALAN
I ISU
( isu semasa yang boleh diambil dari media massa dan sebagainya)

________________________________________________________________

B BUKTI
( bukti yang kukuh, benar dan sahih, kenyataan dari media massa dan data dalam statistik)

________________________________________________________________________________

I IDEA UTAMA
( fokus soalan/kehendak soalan)

____________________________________________________________________________________

ISI
A APA
(Idea utama yang menjadi fokus soalan, dalam soalan adalah punca – punca kemalangan
1. _______________________________________________________________
2._______________________________________________________________
3._______________________________________________________________
4._______________________________________________________________
5. ______________________________________________________________

S SEBAB/MENGAPA
( pilih satu kenyataan yang menyokong idea pokok di atas)
1._________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

C CONTOH/BUKTI
( contoh punca) : _______________________________________________________________
( bukti /akibat daripada punca diatas ):

______________________________________________________________________________

A AKIBAT/KESAN POSITIF@NEGATIF
(Bagi bahan rangsangan ini pula yang berfokus kepada punca-punca seeloknya berikan akibat daripada kesan negatif)

______________________________________________________________________

U UNGKAPAN
( berikan peribahasa, cogan kata atau kata-kata hikmat yang sesuai)
( ingat! Jangan beri ungkapan bagi setiap isi…hanya perlu SATU sahaja ungkapan pada mana-mana idea utama)
__________________________________________________________________
T TEGASAN
( pelajar perlu tegaskan semula agar kenyataan kita menjadi lebih bermakna) contoh;

Tegasnya,_______________________________________________________________
( gunakan penanda wacana yang dapat menegaskan fakta…..)
Contoh : Sememangnya… , Lagipun…, Dapatlah disimpulkan bahawa…, Namun…, Ringkasnya… dan lain-lain.

PENUTUP
Gunakan penanda wacana yang sesuai, kesimpulannya, tuntasnya, akhir sekali dan lain-lain.
I IDEA UTAMA
( ambil idea utama /fokus soalan )
_________________________________________________________
H HARAPAN
( apa harapan anda di masa depan, pendapat sendiri dan anggapan dan ramalan anda )
__________________________________________________________
U UNGKAPAN
( jika tiada ungkapan di dalan isi-isi penting boleh juga dimasukkan dalam penutup)

____________________________________________________________________________________

LATIHAN
PILIH SATU DARIPADA TAJUK DI BAWAH DAN BUAT PERANCANGAN JAWAPAN SEPERTI DI ATAS.
1. Kini, amalan merokok dalam kalangan pelajar sekolah dikatakan berada pada tahap yang
membimbangkan. Banyak pelajar yang masih mentah sudah pandai merokok. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan sesetengah pelajar merokok?
2. Sebuah pasar raya yang baru dibuka telah mengadakan jualan murah selama tiga hari untuk
menarik pelanggan. Gambarkan suasana di pasar raya itu.
3. Persatuan Kadet Bersatu Malaysia sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sekolah anda selama tiga hari, dua malam. Sebagai setiausaha persatuan, anda diminta menulis sebuah laporan untuk diserahkan kepada pengetua.

SELAMAT MENCUBA……..

1 comments:

Post a Comment