Sunday, September 4, 2011

10:45 PM - 1 comment

Novel Hikmah

Tema

Tema novel ini ialah kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku. Amri adalah anak yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya. Malangnya, sikap ayahnya yang berubah menjadi kejam dan tidak bertanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan Amri yang berubah sikap.

Persoalan

Tanggungjawab bapa terhadap kesejahteraan keluarga.

Kasih sayang ibu terhadap anaknya

Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya

Peranan pengawas dalam melaksanakan undang-undang sekolah

Prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan

Saling memaafkan atas kesilapan lampau

Sinopsis Novel Hikmah: Bab 1
Penulis: Mohd.Faris Ikmal

Bab 1: Sakit Hati

Amri seorang murid yang nakal. Amri mempunyai ramai kawan yang nakal seperti Siva. Mereka menganggap Amri sebagai ketua atau ‘bos’ mereka. Amri telah dirotan oleh Cikgu Salman. Seorang pengawas sekolah, Sapura, telah campur tangan ketika Amri sedang meminta wang perlindungan daripada seorang murid junior, iaitu Saleh. Nasib baik Cikgu Salman tidak mengetahui perkara sebenar.
Amri dan beberapa orang rakannya sering mengugut murid-murid junior agar membayar wang perlindungan kepada mereka untuk mengelakkan diri daripada dibelasah dan dibuli. Amri berkira-kira sendiri. Dia cuba mencari helah untuk mengenakan Sapura. Dia mula membayangkan keadaan Sapura yang akan dikenakan olehnya nanti. Dia ingin membalas dendam tetapi Siva pula tidak mahu melibatkan diri. Siva tidak sanggup berhadapan dengan Sapura, seorang pengawas perempuan.

Kosa Kata / Makna
1. Melangkah - Menggerakkan langkah, berjalan.
2. Selamba - Macam biasa, berlagak seolah-olah tidak tahu.
3. Agresif - Bersifat suka menyerang, suka melawan.
4. Menganggap - Memandang (sesuatu atau seseorang) sebagai
5. Tersengih- Tersenyum dengan mulut terbuka sedikit (sehingga menampak gigi).
6. Terlopong - Ternganga (terbuka) mulut
7. Mengangguk-angguk - Menggerakkan kepala ke bawah (tanda menyetujui, mengerti atau memaklumi kata-kata seseorang).
8. Menggeleng-geleng - Menggoyang-goyang kepala ke kiri ke kanan atau sebaliknya
9. Bersekongkol - Berkomplot (berpakat, bersubahat) dalam sesuatu pergerakan jahat.
10. Mengepal - menggenggam

Bab 2: Berwaspada

Rozita merupakan kawan baik Sapura. Rozita mengingatkan Sapura agar sentiasa berjaga-jaga kerana Amri akan membalas dendam terhadap dirinya pada bila-bila masa. Sebaliknya, Sapura tidak berasa takut kerana baginya, cabaran itu ialah suatu amanah yang perlu dipikul oleh pengawas.
Banyak pengawas berasa takut apabila berhadapan dengan Amri kecuali Sapura. Sapura teringat akan hal pagi tadi, yakni semasa dia dalam perjalanan ke kantin, dia ternampak dengan Amri yang sedang membuli seorang murid junior. Murid junior itu berasa takut dan berbohong di depan Sapura. Sapura berkata kepada Amri bahawa dia hendak memberitahukan hal tersebut kepada guru disiplin. Amri tidak berasa takut. Dia juga memberikan amaran kepada Sapura. Walaupun Cikgu Salman menyuruh murid itu bercakap benar tetapi tetap dinafikan olehnya.
Apabila loceng berbunyi, Sapura berjalan menuju ke arah tempat letak basikal. Dia telah berselisih dengan Amri. Sapura membelek-belek basikalnya kerana takut kalau-kalau Amri telah bertindak merosakkan basikalnya. Akhirnya, Sapura tiba di rumahnya tanpa ada sebarang kejadian yang berlaku.

Kosa Kata / Makna:
1.Junior - Lebih muda
2.Bebel - Berleter, Mengomel
3.Bengis - Kejam, zalim
4.Jelingan - Kerlingan
5.Bercekak pinggang - Memegang kiri kanan
6.Terbabit - Terlibat
7.Sinis - Mengejek-ejek
8.Cetus - Bunyi besi digoreskan ke batu
9.Benaknya - Sumsum, otak, bodoh, dungu

Bab 3; Kesusahan Hidup


Amri berubah sikap apabila berada di rumahnya. Dia menjadi anak yang baik dan sangat menyayangi ibunya. Kehidupan mereka miskin dan terpaksa bergantung harap kepada Pak Dollah kerana sikap bapa Amri yang tidak bertanggungjawab kepada kehidupan Amri dan ibunya. Jika tidak kerana ayah, mungkin kehidupan mereka tidak jadi begini dan Amri juga tidak akan berperangai seperti samseng di sekolah.

Amri berasa geram semasa mengingati kisah ayahnya. Bagi Amri, orang lain perlu merasai sama rasa sakit hati yang ditanggungnya selama ini. Amri tidak mahu memikirkan perkara itu lagi. Dia perlu memikirkan kehidupan keluarganya. Bagi ibunya, Amri seorang budak yang baik biarpun dia pernah terdengar akan kisah nakal Amri dahulu. Sebenarnya, Amri begitu menghormati dan mentaati ibunya.
Kosa Kata / Makna:
1.berubah - Berbeza(daripada yang asal atau yang semula jadi), menjadi lain
2.berperangai - Mempunyai perangai, berkelakuan
3.geram - Marah, panas hati, sakit hati
4.Selera - Keinginan untuk makan, nafsu makan
5.Menanggung - Membawa di atas bahu, memikul, menggalas
6.Bingkas - Melenting, menganjal, bangun dengan cepat
7.Kucar-kacir - Tidak teratur atau tidak berketentuan, kacau-bilau
8.bersimpati - Menunjukkan simpati
9.Kelat - Rasa hamper-hampir pahit, rasa sepat
10.Menyandarkan - Meletakkan bersandar pada

Bab 4: Kekalutan

Ayah Amri seorang kaki judi. Malam itu ayah Amri pulang. Ayahnya meminta duit daripada emaknya. Apabila emak Amri enggan memberinya duit, dia telah bertindak menyelongkar gerobok pakaian lalu mengambil duit yang tersimpan untuk ongkos persekolahan Amri. Emak Amri cuba menghalang dan merampas wang dalam genggaman ayah Amri tetapi tidak berjaya.

Apabila ternampak akan gelang emas pusaka nenek yang dipakai oleh emak Amri, ayah Amri merentap gelang emas itu. Emak Amri hendak mengambilnya kembali, namun dia tersungkur. apabila kakinya tersadung di bendul. Amri berasa geram lalu cuba menghalang ayahnya daripada keluar. Amri pula ditampar oleh ayahnya. Emak Amri memujuknya agar bersabar dengan kerenah ayahnya. Emak Amri berdoa agar ayah Amri cepat sedar daripada kesilapannya.

Kosa Kata / Makna:
1.Kekalutan - Kekacauan
2.Gerobok - Peti besar tempat pakaian dan lain-lain.
3.Genggaman - Kepalan tangan.
4.Terkebil - Terkelip-kelip (mata).
5.Merentap - Menarik dengan paksa atau kekerasan.
6.Terhinggut-hinggut - Bergoyang-goyang.
7.Tersungkur - Jatuh dan mukanya terkena tanah, jatuh tersembam, jatuh tertiarap.
8.Kerenah - Ragam, tingkah laku, kemahuan.
9.Tersadung - Terlanggar (terempuh) dengan kaki.
10.Tersembam - Jatuh tersungkur (ke depan).

Bab 5: Rintihan Hati

Amri ke sekolah dengan kesan lebam pada pipi kanannya. Ramai yang melihat kesan lebam itu tetapi tidak berani bertanya melainkan guru-guru dan rakan-rakan rapat Amri. Siang-siang lagi Amri sudah keluar melalui pintu belakang kelas. Nasib Amri sungguh malang apabila dia terserempak dengan Sapura. Tanpa mnghiraukan sapaan Sapura. Amri meluru ke arah hujung padang.
Hal ini tidak adil buat diri Amri. Dia mahu mereka itu turut merasakan penderitaannya. Amri mula mencari mangsa dan teringat akan Sapura. Dia mencari jalan untuk mengenakan Sapura. Amri bingkas bangun kerana sebentar lagi waktu rehat akan tamat. Di situ, dia dapat melihat barisan kereta dan basikal yang tersusun rapi. Serta merta Amri mendapat ilham untuk mengenakan Sapura. Dia tersenyum sendirian mengenangkan reaksi Sapura yang bakal menjadi mangsanya nanti.

Kosa Kata / Makna:
1. leka - asyik (melakukan sesuatu kepada sesuatu)
2. memencilkan - terasing, terpencil
3. bermonolog - percakapan panjang lebar oleh seorang penutur sahaja (menafikan kesempatan orang lain untuk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya)
4. ketelanjuran - perihal telanjur, keterlaluan
5. mengeruhkan - menjadikan atau menyebabkan keruh (tidak jenih, tidak cerah dan tidak menyenangkan)
6. berkeliaran - berjalan (bergerak dan bersiar-siar) merata-rata atau ke sana sini, merayau, bertualang
7. menyusup - menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah sesuatu
8. kelibat - rupa seseorang atau sesuatu yang kelihatan sepintas lala sahaja, imbasan
9. mengamuk - menyerang dengan membabi buta (kerana sangat marah, gelap mata) dan membunuh atau mencederakan sesiapa saja yang ditemui
10.meredakan - menjadikan (menyebabkan) reda, menenangkan,
merelakan

Bab 6 : Menggenakan Sapura

Loceng telah berbunyi, Sapura ternampak akan Amri sedang berdiri berdekatan dengan basikalnya. Dia berpura-pura tidak melihat Amri lalu berfikir bahawa Amri hendak mengenakannya. Dia berjalan ke arah basikalnya lalu bertanyakan sebab dia berdiri di situ. Amri memberitahu bahawa basikalnya bersebelahan dengan basikal Sapura. Sebenarnya, Amri hendak meminta maaf kepada Sapura kerana berbohong. Akhirnya, Sapura memaafkan Amri. Amri turut mengayuh basikalnya beriringan dengan Sapura. Sapura memberikan peluang kepada Amri untuk menebus kesilapannya.
Dalam perjalanan, dia bertanyakan beberapa soalan kepada Amri tetapi Amri masih membisu. Tiba-tiba Amri membrek menyebabkan Sapura gagal mengawal basikalnya. Dia tergolek ke dalam bendang yang berlumpur. Ketika itulah Amri memberikan jawapannya! Sapura begitu geram memikirkan kejadian yang sudah berlaku. Seterusnya, Sapura mengangkat basikalnya yang terbenam lalu membuang lumpur yang melekat pada basikalnya. Sepanjang jalan balik ke rumahnya, Sapura membebel dan menarahi dirinya. Dia benar-benar geram.
Kosa Kata / Maksud:
1. Berpura-pura - Berbuat seakan-akan, berlagak
2. Mengenakan - Menyebabkan kena, menghalakan supaya kena.
3. Menebus - Membuat jasa untuk menghapuskan kesalahan
4. Tergolek - Jatuh terguling, terguling
5. Lumpur - Becak, selut
6. Melekat - Tidak tanggal atau lekang, kekal, tersemat
7. Membebel - Berleter, mengomel
8. Menarahi - Melicinkan atau meratakan dengan rimbas
9. Geram - Gemas, marah
10. Miring - Hilang akal

Disalin daripada Blog Gebang Bahasa-Susastera Bahasa Melayu

Sinopsis Novel Hikmah Bab 7: Bersimpati

-Amri terkejut apabila mendapati rumahnya berselerak dan dahi ibunya berdarah

-Amri terlalu marah akan perbuatan ayah terhadap ibunya

-Sapura bersimpati terhadap Amri apabila mengetahui perkara yang sebenar-rupa-rupanya Amri tidak senakal yang difikirkannya.

-Sapura membatalkan niatnya untuk memberitahu ibu Amri tentang sikap Amri terhadapnya

Sinopsis Novel Hikmah Bab 8: Mendapat Ubat

-Amri meminta izin daripada ibunya untuk pergi membeli ubat di pekan

-Wang yang ada dengannya adalah wang simpanannya dan wang hasil peras ugut murid-murid lain

-Amri tiada pilihan lain-terpaksa menggunakan duit tersebut kerana bimbang akan kesihatan ibunya

-Sepanjang perjalanan ke pekan,fikiran Amri asyik melayang mengingatkan semua peristiwa yang lepas yang dilakukannya

Sinopsis Novel Hikmah Bab 9: Cedera Disamun

-Amri membeli ubat demam dan ubat luka untuk ibunya di sebuah farmasi

-ketika dalam perjalanan ke rumah,Amri ditahan oleh seorang pemuda:

-memberitahu bahawa ada org pengsan di belakang lorong

-hanyalah helah pemuda itu untuk menyamun Amri

-memukul Amri apabila Amri tidak memberikan wang yang diminta

-Amri tidak berdaya untuk membuat apa-apa lagi

-cedera teruk apabila dipukul oleh dua orang penyamun itu

Sinopsis Novel Hikmah Bab 10: Keinsafan

-Sapura bertemu dengan Amri yang tidak bermaya di lorong itu

-Sapura dan ayahnya membawa Amri ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan bertemu ibunya

-Amri dan ibunya mengucapkan terima kasih kepada Sapura sekeluarga kerana membantu mereka

-Amri menyesal kerana bersikap buruk kepada Sapura

-Amri sudah insaf-tidak membuli murid-murid yang lemah lagi. Amri menjadi pembela kepada murid-murid yang dibulinya dulu
Dicatat oleh Cikgu Amin

1 comments:

ianya amat bermakna dan sinopsis nya amat bagis

Post a Comment