Monday, September 5, 2011

KATA PENGUAT

Maksud
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:
a. penguat hadapan
terlalu, paling, agak
b. penguat belakang
sekali, benar, nian
c. penguat bebas
amat, sangat, sungguh

Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan, dan terlalu amat pedih. (Tatabahasa Dewan m.s 390)
Contoh:
a. Suaranya sungguh amat merdu.
b. Perangainya sungguh kurang sopan.
c. Kata-katanya terlalu amat pedih.

0 comments:

Post a Comment