PANTUN DUA
KERAT (NASIHAT)
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh hendak lagi.
Ikan siakap ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong.
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.
Emas perak tembaga suasa,
Malas gerak tidak merasa.
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.
Kumbang jarak kumbang jagung,
Berani buat berani tanggung.
Tunggu durian Teluk Emas,
Siapa kemudian kena kemas.
Buah cempedak dalam gantang,
Siapa hendak dia datang.
Periuk belaga pasu kuali,
Busuk nama menipu mencuri.
Saya kata itik, awak kata ayam,
Sudah kena jentik baru nak diam.
MAKSUD PANTUN
RANGKAP 1
Menghargai pemberian seseorang.
RANGKAP 2
Jika banyak bercakap, kita mungkin
akan banyak melakukan kesilapan.
RANGKAP 3
Mengharapkan balasan daripada
penerima melalui surat yang diutus.
RANGKAP 4
Orang yang malas berusaha tidak akan
dapat apa-apa.
RANGKAP 5
Orang yang cerdik lebih mudah
memahami sesuatu pelajaran.
RANGKAP 6
Orang yang melakukan
sesuatu perlu bertanggungjawab atas perbuatannya itu.
RANGKAP 7
Sesiapa yang terakhir
melakukan sesuatu, dia hendaklah menyimpan segala peralatan.
RANGKAP 8
Sekiranya seseorang itu memerlukan sesuatu,maka ia perlu datang untuk mengambilnya.
RANGKAP 9
Orang yang suka menipu dan mencuri akan mencemarkan namanya sendiri.
RANGKAP 10
eseorang yang hanya akan duduk diam setelah didenda atau ditegur.
TEMA
Nasihat kepada semua lapisan
masyarakat ke arah kebaikan.
PERSOALAN
(a)Keburukan orang yang banyak cakap.
(b)Sikap malas berusaha tidak akan memberikan
apa-apa faedah.
(c)Keburukan perbuatan menipu dan mencuri.
(d)Sikap berani menanggung sesuatu perkara
yang dilakukan.
(e)Sikap amanah dan rajin dalam menjaga
kekemasan atau kebersihan sesuatu tempat.
BENTUK
PANTUN
a)Terdiri daripada sepuluh rangkap.
b)Berisi dua baris serangkap.
c)Ada pembayang dan maksudnya.
d)Bilangan katanya empat hingga enam
patah kata sebaris.
e)Terdiri daripada lapan hingga dua belas
suku kata sebaris.
f)Rima akhir nya aa
GAYA
BAHASA
a)Asonansi.
CONTOH : pengualangan vocal a -Pecah
kaca pecah gelas.
b)Aliterasi.
CONTOH: pengulangan konsonan k -Banyak
cakap banyak bohong
c)Repetisi.
CONTOH:banyak cakap banyak bohong).
d)Metafora.
CONTOH: Busuk nama, hati terang.
e)Sinkope.
CONTOH: nak
f)Imejalam.
CONTOH: daun keladi, ikan siakap,kumbang
jarak, durian, cempedak, itik dan ayam.
NILAI
a)Jujur.
b)Rajin.
c)Baik.
d)Bertanggungjawab.
e)Patuh.
f)Menghargai.
g)Berani.
PENGAJARAN
a)Janganlah sekali-kali kita bercakap
bohong.
b)Orang yang malas tidak akan dapat
apa-apa.
c)Jangan menipu dan mencuri, kelak
akan dipandang hina.
d)Kita haruslah berani bertanggungjawab
atas perbuatan yang kita lakukan .
e)Sebaik-baiknya kita mengemas
sesuatu tempat yang telah kita gunakan.
f)Kita hendaklah pandai menjaga diri
agar tidak perlu ditegur kerana berkelakuan kurang baik.